Perjumpaan GMK dengan KPM

20/03/2009 at 5:21 pm 1 komen

Kami difahamkan daripada rakan-rakan pemberita bahawa Dato’ Dr. Hassan Ahmad dan Dato’ A. Samad Said, telah memohon untuk berjumpa dengan YB Menteri Pelajaran sebelum ini. Perjumpaan tersebut telah berlangsung pada 19 Mac 2009 dan kami dimaklumkan bahawa perjumpaan tersebut berjalan dalam suasana mesra, jujur dan ikhlas.

Dalam perjumpaan tersebut beberapa isu telah diperbincangkan. Antaranya, Isu PPSMI, transformasi kurikulum di peringkat sekolah rendah dan pra- sekolah untuk menggantikan kurikulum bersepadu sekolah rendah,   usaha kerajaan untuk menilai semula sistem pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan dan komitmen Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran untuk memartabatkan Bahasa Malaysia.

Yang kami hairan adalah, sebelum perbincangan ini, Harakah telah menyatakan bahawa Dato’ A. Samad Said akan perjuangkan bersama PAS, namun kedua-dua tokoh ini menafikan bahawa perjuangan mereka selama ini tidak didalangi oleh sesiapa dan memberi gambaran bahawa pihak pembangkang telah mengambil kesempatan atas keiklasan mereka. Kami amat berharap bahawa mereka ini benar-benar iklas dan akan mengambil langkah-langkah yang positif untuk mengelakkan daripada dipergunakan oleh pihak pembangkang pada masa akan datang!

Memandangkan pintu Kementerian Pelajaran telah dibuka kepada kedua orang “tokoh” ini kami amat berharap supaya kedua-dua orang ini tidak lagi membawa pandangan mereka berkaitan dengan PPSMI ke jalanan Kuala Lumpur. Walaupun, mereka telah berbincang dengan Menteri Pelajaran, namun YB Menteri Pelajaran memaklumkan bahawa, beliau akan terus mendengar pandangan PIBG, perwakilan UMNO serta mana-mana pihak yang berminat sepertimana yang beliau nyatakan dalam Parliament awal bulan ini. Oleh yang demikian, kami berharap semua yang berkenaan boleh mengutarakan pandangan mereka melalui saluran-saluran yang telah disediakan dan bukan di jalanan Kuala Lumpur!

Walau apapun, kami tetap menyokong agar program PPSMI yang telah memanfaakkan anak-anak kita ini akan diteruskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia supaya peluang anak-anak kita di arena antarabangsa tidak dimalapkan.

Entry filed under: Maklumbalas Pembaca. Tags: .

Sembang Kedai Kopi Membidas Memorandum GMP

1 Komen Add your own

  • 1. Mat Kampong  |  20/03/2009 at 6:47 pm

    Hai, sekarang barulah betul caranya dan bukan berarak dijalanan. Namun ingat jangan kianati kita lagi dan malukan bangsa melayu dengan perarakan di jalanan di ibu kota.

    Balas

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Bilangan Capaian

  • 7,567 capaian

Kalender

Mac 2009
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
3031  

Perihal Gabungan Pro PPSMI

Kami ibu bapa yang mempunyai anak-anak dibangku sekolah dan sangat risau mengenai perkembangan kebelakangan ini berkaitan dengan GMP (gabungan mansuhkan PPSMI). Pada pandangan kami, PPSMI memang sangat baik untuk anak-anak kita supaya berupaya untuk bersaing di pentas antara bangsa. Memang benar, terdapat ramai ahli sains Melayu di Malaysia, namun berapa daripada mereka benar-benar hanya berpendidikan Melayu dan betul-betul menyerlah di arena teknologi antara bangsa. ... Kami hanya hendak yang terbaik untuk anak bangsa Malaysia.