APA BENDE NI….

Aku tak tau lah ini sajak ke , pusi ke, gurindam ke…Entah lah.Aku bukan sastrawan.. tapi aku tulis je sebab aku sayang bangsa ku.
Aku buat sajak ini khas buat orang yang aku hormati Dato Samad Said dan rakan rakan .
Bunyinya lebih kurang begini.
Anak anak ku balik menangis ,
Kenapa nak ? Tanya ku,
Kami ditertawakan orang,jawab anak
Kenapa?ku Tanya lagi
Kerana tak tau cakap Inggeris,kata anak…
Orang lain ketawa anak ku menangis.
Semuanya kerana tak tau bahasa inggeris

Semalam Salina menangis ,
Kerana dipanggil syarikat besar untuk diuji dapat kerja,
Salina menangis gembira .Setelah sekian lama akhirnya ijazah unviersiti amerika akan datangkan hasil.
Itu lah sangkanya.. itu lah harapan keluarga
Namun hari ini Salina menangis lagi,
Kali ini menangis sedih,
Ijazah dari Amrika tidak dapat membantu,
Kerja yang dicari ,tidak jua diperolehi,
Semuanya kerana Salina tidak tau berbahasa Inggeris,
Orang lain ketawa ,
Anak bangsa ku menangis.

Si Ali, anak Pak Hitam dari Parit Sulong
Dia pun tengah menangis,
Menangis kerana malu,
Bukan dia tak pandai, pandai,
Tapi keyakinan diri kurang
Tak de confidence bak kata omputih,
Semuanya kerana Ali tak tau cakap Inggeris.

Anak Melayu masih menangis
Bila nak belajar Inggeris dituduh khianati bangsa,
Orang yang dihormati pula seolah tak suka mereka mahir berbahasa inggeris
Lantas Melayu menangis
Sampai bila Melayu mesti menangis???

Continue Reading 16/03/2009 at 7:56 am 1 komen

Pandangan Ustaz Dr. Mohd Asri

Hari ini saya baca kolum yang menarik dalam suratkhabar Utusan bertajuk “Islam: Prinsip atau alat?” oleh bekas Mufti Perlis, Dr.Mohd Asri yang sedang sabatikal di UK. Menurut beliau, ada yang menghantar e-mel meminta beliau menyatakan pendiriannya kepada media berhubung dengan isu PPSMI dan ada yang meminta beliau membantu dengan memberikan dalil-dalil dari Al-Quran dan Sunnah yang membuktikan bahawa perjuangan menghapuskan PPSMI adalah perjuangan agama! Nampaknya GMP begitu desperate untuk memperalatkan agama dalam menghapuskan PPSMI.“Islam tidak pernah menyatakan kita mesti belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris atau Melayu, atau Arab atau sebagainya. Hanya yang Islam perintah adalah agar MUSLIM BERTINDAK DENGAN BIJAK”. Saya cadangkan elok sangatlah GMP baca apa yang Ustaz Dr. Mohd Asri tulis supaya terbuka minda dan jangan mempergunakan agama sesuka hati. Benarlah kata Ustaz …”kita akan lihat dalam ‘wayang politik’ sikap mempolitikkan agama akan menyebabkan mereka terbabit hilang pendirian, berubah-ubah prinsip dan etika”. “Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan” (dalam Surah al_Maidah ayat 8). Oleh itu, untuk renungan semua, dalam kita menilai dengan adil setiap perkara dengan timbangan Islam sekalipun jika keputusan itu tidak berpihak kepada kita, kita tetap akan akur kerana perkara seperti ini amat subjektif dan Islam tidak menghukum secara putus siapa yang betul atau siapa yang salah. Tetapi buatlah tindakan bijaksana yang boleh memberi manfaat kepada anak-anak kita di sekolah dan masa depan generasi muda dan jangan sekali-kali mempolitikkan agama!

Continue Reading 16/03/2009 at 1:16 am Tinggalkan komen

Membidas Laungan GMP

Penyokong GMP kerap menyatakan mereka telah menghantar memo kepada Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran berulang kali dalam tempoh 6 tahun kebelakangan ini dan mereka tidak diindahkan oleh kedua-dua pemimpin ini. Mereka turut menuntut bahawa GMP ini telah lama wujud dan bukan suatu fenomina yang baru.
Hakikatnya sehingga kini belum pernah kami dengar berkaitan dengan GMP. Bahkan dalam pilihan raya yang lalu pun tak timbul isu PPSMI. Saya tahu pihak GMP akan membidas tafsiran saya yang saya ini macam katak di bawah tempurong dan buta kepada peristiwa di persekitaran saya. Namun saya yakin bahawa PPSMI ini merupakan satu isu baru yang dijanakan oleh kumpulan pemikir Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mereka kehilangan modal untuk berkempen dalam pilihan raya kecil selepas Kuala Terengganu. Untuk mengalihkan perhatian rakyat, PKR dengan sekutunya dalam PR telah menjanakan isu PPSMI ini untuk mengolak emosi dan meraih simpati orang-orang Melayu.

Sehingga kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak, tidak sebarang masalah berkaitan dengan PPSMI. Pihak Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa siri rundingan meja bulat berkaitan pelaksanaan Dasar PPSMI. Wakil-wakil daripada University tempatan seperti Prof. Madya Dr. Jaafar B. Jantan(UiTM), Prof Dr. Ambigapathy Pandian (Institut Terjemahan dan Bahasa USM) dan Prof Dr Tamby Subahan Bin Mohd Meerah bersama Encik Muhammad Faisal B. Abdul Aziz (Naib Presiden Pkpim), Encik Mohd Hafezi B. Abdul Hamid dan Encik Abu Qamim Nor Azmi dari PKPIM, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar, Ketua Dua GAPENA telah menyertai rundingan meja bulat yang telah dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan hasil rundingan meja bulat, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan kertas Kabinet untuk memohon persetujuan Kabinet untuk menambah baik Dasar PPSMI. Perlu diingatkan disini bahawa penambahbaikkan di sini bukan bermakna Dasar ini diteruskan atau dibatalkan. Masa depan pelaksanaan dasar ini bergantung kepada keputusan Kabinet dan bukan Perdana Menteri atau Menteri Pelajaran sahaja. Ini adalah selaras dengan janji kerajaan untuk menkaji semula Dasar PPSMI selepas genap 6 tahun dilaksanakan. PERSOALANNYA KENAPA GMP tidak faham proses demokrasi dan proses kerajaan walaupun mereka menyatakan bahawa mereka berakal, Bukan Beruk, bermaruah dsb. Mereka perlu sedar bahawa perubahan dasar perlu mengikut proses yang telah ditetapkan dalam Perlembagaan Malaysia dan bukan berdasarkan kata putus seseorang sahaja.

Continue Reading 14/03/2009 at 4:55 pm 1 komen

Adakah PPSMI benar-benar merugikan anak Melayu?

Kebelakangan ini banyak telah diperkatakan dalam akhbar tempatan berkaitan dengan pelaksanaan dasar PPSMI di Malaysia. Seperti biasa, segelintir kecil tokoh-tokoh tempatan sahaja yang menentang dasar ini menghebohkan kononnya pelaksanaan dasar ini telah merugikan anak-anak Melayu kerana anak-anak ini kurang berkeupayaan mengikuti pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.

Kenyatan akhbar Setiausaha Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) , Khairul Anwar Shazali, berkata PPSMI membuatkan subjek Sains dan Matematik menjadi semakin sukar difahami pelajar adalah tidak benar sama sekali. Saya telah mengajar di sekolah menengah kebangsaan selama 20 tahun dan mendapati bahawa tidak kira bahasa pengantar yang mana digunakan, memang terdapat segolongan murid yang kurang cendorong terhadap kedua-dua mata ini. Ini bukan kerana guru tidak mahir mengajar atau murid kurang cerdas tetapi kerana mereka ini cenderung terhadap bidang seni atau pun vokasional atau pun sastera. Sebagai orang yang diberikan mandat untuk bersuara bagi pihak PKPIM, saudara Khairul haruslah lebih berhati-hati dalam kenyataannya supaya tidak disalah faham oleh ahli yang lain.

Saya berasa amat hairan dengan kenyataannya yang seterusnya berkaitan dengan Ibu Bapa hilang minat menghantar anak mereka ke sekolah kerana keputusan mereka merosot serta 85% responden sukar memahami Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Sebenarnya, saya sebagai seorang bapa tidak pernah putus asa apabila anak saya tidak mencapai keputusan cemerlang dalam bidang akademik kerana anak adalah anugerah tuhan dan bukan semata-mata untuk mengejar hasil duniawi. Berdasarkan perbualan saya dengan rakan-rakan se sekolah anak saya, saya mendapati kebanyakan anak-anak tidak mempunyai masalah untuk mempelajari Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Jadi persoalannya, dari mana datangnya 85% ini? Adakah kajian ini dilaksanakan di Malaysia atau Kalimantan? Dan sekiranya ibu bapa yang putus asa, kita perlu didik ibu bapa tersebut berkaitan dengan prinsip, tanggungjawab serta selok-belok keibubapaan.

Akhir kata, saya amat berharap saudara Khairul akan meneliti sekali lagi kenyataan beliau agar tidak memberikan maklumat yang separa benar atau palsu!

Continue Reading 11/03/2009 at 9:06 am 3 comments

Pengenalan Blog ini

Tuan-tuan dan puan-puan, kami mewujudkan blog ini untuk semua warga Malaysia menyatakan pandangan masing-masing yang membina sahaja. Tolong jangan gunakan blog ini untuk mengritik mana-mana pihak.Kami berharap cadangan-cadangan serta pandangan-pandangan membina ini dapat menarik perhatian kerajaan. Oleh yang demikian, KAMI AMAT BERHARAP RAKAN-RAKAN POLITIK TIDAK AKAN CUBA GUNAKAN BLOG INI UNTUK MEMBUAT KERJA SUBVERSIF MEREKA!

Hi all you Malaysians out there, I am sure you are matured enough and has gone through the ups and downs, thick and thin. We created this blog for everyone to state their views with constructive suggestions on how to improve PPSMI so that the Government can hear our views. PLEASE DO NOT BE ABUSIVE AND JUST SHOUT FOR THE SAKE OF SHOUTING. Those political boys please refrain from politising the issue and only comment as if you are a parent. If you want to put your political views, please go to another site or blog!

04/03/2009 at 1:44 pm 1 komen

Newer Posts


Bilangan Capaian

  • 7,567 capaian

Kalender

Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Perihal Gabungan Pro PPSMI

Kami ibu bapa yang mempunyai anak-anak dibangku sekolah dan sangat risau mengenai perkembangan kebelakangan ini berkaitan dengan GMP (gabungan mansuhkan PPSMI). Pada pandangan kami, PPSMI memang sangat baik untuk anak-anak kita supaya berupaya untuk bersaing di pentas antara bangsa. Memang benar, terdapat ramai ahli sains Melayu di Malaysia, namun berapa daripada mereka benar-benar hanya berpendidikan Melayu dan betul-betul menyerlah di arena teknologi antara bangsa. ... Kami hanya hendak yang terbaik untuk anak bangsa Malaysia.